Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sekarang, Anda perlu sebabnya mengapa Anda perlu tahu kelebihan diri Anda. Ia penting kerana ...
1. Anda akan tahu apa bakat Anda. Bakat maknanya kebolehan. Ia merupakan kemahiran yang paling banyak Anda kuasai dari orang lain di sekeliling Anda. Bakat boleh diexplore bila Anda sudah tahu dan sudah faham apa kelebihan diri Anda dan di dalam bidang apa.
2. Anda akan terdorong untuk menjadi lebih cemerlang. Bila Anda dah sedari apa bakat Anda, di situ akan timbul minat mendalam.
Bila sudah ada minat, secara automatik Anda akan terdorong untuk mencari maklumat berkaitan dengan apa yang Anda minati itu. Anda akan terdorong untuk tahu lebih banyak lagi. Kesannya, dalam diam Anda akan mendahului orang lain, yang mempunyai bakat serupa dengan Anda.
Contoh, lihat saja penyanyi terkenal, penulis terkenal, pemimpin terkenal, atlit terkenal dan pakar motivasi terkenal. Walaupun dalam bidang mereka ada ramai lagi orang yang mempunyai bakat yang sama, tapi mereka mendahului kerana minat. dari minat itu timbul kecenderungan untuk menambahkan lagi pengetahuan supaya mereka jadi lebih berjaya dalam bidang mereka sekarang ini.
Lihat contoh Siti Nurhaliza, Ahmad Fadzly Yusof, Dr Mahathir Mohammad, Lim Chong Wei dan Dr Fadzilah Kamsah.
"SALAM KEJAYAAN DARI SAYA NORMALA SHAMSUDDIN - APANG, SELANGOR"
Saturday, 7 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment