Tuesday, 10 March 2009
DUA PERKATAAN YANG MAMPU MENGUBAH HIDUP KITA
Saya tertarik dengan tulisan saudara Raymond Chua baru-baru ini.
Memang kerapkali kita sendiri juga mendengar beberapa patah perkataan dari insan-insan di sekeliling kita tentang impian masing-masing. Maka tulisan Raymond Chua ini mengingatkan saya bahawa saya sendiri pada suatu ketika dulu seolah-olah tidak yakin apa yang saya impikan.
Seperti kata Raymond :
Jawapan yang sering saya terima adalah seperti:
1) Entah
2) Tak pasti
3) Kalau boleh, saya ingin ...
4) (senyum je)
Jawapan-jawapan di atas tidak spesifik langsung dan jika anda tidak tahu apa yang anda hendak dalam hidup ini, macam manalah anda hendak mendapatkannya?
Bayangkan keadaan ini:
Anda menaiki sebuah teksi dan seperti biasa, pemandu teksi tersebut akan menanya anda tentang destinasi anda. Anda menjawab, "Entah, pandulah dulu, kalau dah sampai, saya akan bagitau". Adakah anda akan sampai ke destinasi jika anda bertindak demikian? Jawapannya tidak! (mungkin anda juga akan dihalau keluar dari teksi tersebut).
Ia nampak kelakar tetapi ramai orang yang menjalankan hidup mereka dengan cara ini. Adakah anda salah seorang daripada golongan ini?
Jawapan yang ketiga iaitu, "Kalau boleh, saya ingin ......" lebih spesifik tetapi ia tidak mempunyai unsur keghairahan di dalamnya. Perkataan "saya ingin" bererti anda ingin mendapatkan sesuatu tetapi memilikinya ataupun tidak pun tak apa.
Misalnya anda sudah kenyang tetapi rasa ingin makan ais krim pula. Jadi anda pun menuju ke peti sejuk dalam rumah anda dan cuba cari kalau-kalau masih ada ais krim di dalamnya. Kalau ada, anda pun makanlah ais krim tersebut. Kalau tak ada pun tak mengapa.
Pemikiran sebegini tidak akan membawa anda kepada sebarang kejayaan.
Kata Raymond untuk berjaya, anda MESTI menggunakan dua perkataan ini :
"SAYA HENDAK"
Misalnya:
- Saya hendak menjadi seorang jutawan sebelum 31 Disember 2009
- Saya hendak hidup lebih daripada 100 tahun.
- Saya hendak syarikat saya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dalam papan utama sebelum 1 Jun 2010.
- Saya hendak keluarga saya termasuk saya hidup dalam keadaan sihat dan bahagia.
- Saya hendak menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu anak yatim.
- Saya hendak memulakan perniagaan sendiri sebelum 1 Ogos 2009.
- dan sebagainya
Lihat diri anda sendiri sebagai seorang komander. Apabila anda menggunakan perkataan "Saya hendak", anda sebenarnya sedang memberi arahan kepada diri anda serta alam ini dan setiap arahan mesti diturut.
Apabila anda menggunakan perkataan "Saya hendak", ia memberi kuasa serta motivasi kepada anda untuk mencapainya. Ia juga dapat mengelakkan penangguhan kerana setiap arahan berkesan serta merta.
Cuba katakan 2 ayat ini:
Saya ingin menjadi seorang yang soleh.
Saya hendak menjadi seorang yang soleh.
Ayat yang mana satu lebih berkesan? Ayat yang mana satu lebih berkuasa? Ayat yang mana satu yang memberikan anda motivasi untuk mencapainya?
Oh, satu lagi aktiviti untuk anda.
Perhatikan majikan anda (Jika anda bekerja makan gaji). Adakah majikan anda menggunakan ayat:
"Saya hendak kamu buat ini ... ini ... dan ini" ataupun
"Saya ingin kamu buat ini ... ini ... dan ini" ataupun
"Bolehkah kamu buat ini ... ini ... dan ini" ataupun
"Kalau boleh, kamu buat ini ... ini ... dan ini" (Mungkin tidak ada orang yang akan buat kerja tersebut jika dia menggunakan ayat ini).
Ayat manakah yang dapat menggerakkan anda?
"Oleh itu, hendaklah kita menggunakan dua (2) perkataan ini dalam kehidupan harian kita iaitu SAYA HENDAK".
SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KECERIAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.
Wednesday, 4 March 2009
INSIGHT OF THE DAY
"Be careful the environment you choose for it will shape you; be careful the friends you choose for you will become like them."
W. Clement Stone
1902-2002, Author and Businessman
Tuesday, 24 February 2009
I.R.A.S DAN PERJUANGAN
Hari ini ada artikel yang sangat menarik perhatian saya di blog Mentor saya, SPD Zulkifli Hassan
Teruskan Membaca :
Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini, pendapatan kita bukanlah di tentukan ekonomi tetapi sebenarnya ditentukan oleh "philosopy" kita. Jangan kita cuba membuat alasan dengan ekonomi yang tidak menentu, maka pendapatan kita juga tidak menentu. BANGUN!!! check balik MINDA anda. Masa inilah yang terbaik untuk "WALK THE TALK" Ya masa inilah kita membuktikan apa yang kita perjuangkan!
Aku mengucapkan taniah pada ahli-ahli Smart Success Team yang bergerak active, dan tidak jemu meneruskan SDA anda. Yakinlah anda akan menjadi seseorang yang cukup hebat untuk diri anda, keluarga dan masyarakat serta kumpulan anda.
Ya teruskan dengan FORMULA I.R.A.S
I = Buatlah dengan rasa keikhlasan diri dan bukan kerana orang lain.
R = Bangun dan lakulah dengan semangat kerajinan dan kalahkan kemalasan yang menyerang anda. Hidup adalah satu peperangan. Rajin berperang dgn Malas. dan jgn biarkan Malas MENANG!!!
A = Gunakanlah akal yang dianugerah hanya kepada manusia. Anugerah yang sangat hebat jika kita tak guna, maka sia-sialah anugerah Allah swt pada kita. Berfikirlah, selalu, dan carilah keajaiban anugerah AKAL ini.
S = Ramai yg kalah dengan EMOSI yang melanda, dan punca utama kekalahan dalam peperangan diri adalah EMOSI. jadi kita gunakanlah senjata kekuatan kita iaitu SABAR.
Jika anda ingin bersama kami membina EMPAYAR perniagaan sila berdaftar di http://normala.usahawansejati.com/
SALAM PERJUANGAN
Wednesday, 18 February 2009
Saturday, 7 February 2009
MOTIVASI - SHUEQRY : DUA (2) SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TAHU KELEBIHAN DIRI
Sekarang, Anda perlu sebabnya mengapa Anda perlu tahu kelebihan diri Anda. Ia penting kerana ...
1. Anda akan tahu apa bakat Anda. Bakat maknanya kebolehan. Ia merupakan kemahiran yang paling banyak Anda kuasai dari orang lain di sekeliling Anda. Bakat boleh diexplore bila Anda sudah tahu dan sudah faham apa kelebihan diri Anda dan di dalam bidang apa.
2. Anda akan terdorong untuk menjadi lebih cemerlang. Bila Anda dah sedari apa bakat Anda, di situ akan timbul minat mendalam.
Bila sudah ada minat, secara automatik Anda akan terdorong untuk mencari maklumat berkaitan dengan apa yang Anda minati itu. Anda akan terdorong untuk tahu lebih banyak lagi. Kesannya, dalam diam Anda akan mendahului orang lain, yang mempunyai bakat serupa dengan Anda.
Contoh, lihat saja penyanyi terkenal, penulis terkenal, pemimpin terkenal, atlit terkenal dan pakar motivasi terkenal. Walaupun dalam bidang mereka ada ramai lagi orang yang mempunyai bakat yang sama, tapi mereka mendahului kerana minat. dari minat itu timbul kecenderungan untuk menambahkan lagi pengetahuan supaya mereka jadi lebih berjaya dalam bidang mereka sekarang ini.
Lihat contoh Siti Nurhaliza, Ahmad Fadzly Yusof, Dr Mahathir Mohammad, Lim Chong Wei dan Dr Fadzilah Kamsah.
"SALAM KEJAYAAN DARI SAYA NORMALA SHAMSUDDIN - APANG, SELANGOR"
Sunday, 25 January 2009
INSIGHT OF THE DAY
"Nothing of great value in life comes easily. The things of highest value sometimes come hard. The gold that has the greatest value lies deepest in the earth, as do the diamonds.”
"The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort and convenience, but where he stands at times of challenge and controversy."
Saturday, 17 January 2009
HATI ADALAH RADAR YANG AJAIB
PANDUAN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI JUGA :
Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya? Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia telah dikesan (detect) oleh hati.
Sabda Rasullulah SAW : Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati.
Hati adalah ibarat raja bagi tubuh bdan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu disi dengan sifat mahmudah maka hebatlah seluruh anggota badannya menjadi seorang yang mulia. Jika hati dikotori dengan sifat mazmumah maka rosaklah peribadi akhlak seseorang itu.
Hati adalah radar yang hebat mengesan perbuatan manusia samada pekara yang baik dan buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah rasa berdebar-debar dan cemas seterusnya akan menyebabkan kita rasa gelisah (tension).
Isyarat ini menyuruh supaya seseorang kembali pada Allah SWT. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan tenang semula. Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.
Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan? Makanan hati adalah taqwa kepada Allah SWT.
Zikir, membaca al-Quraan dan menuntut ilmu agama islam, zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir. Dengan cara memberikan makanan pada hati, barulah seseorang berhak menperolehi kebahagiaan.
Apakah cara merawat hati yang berpenyakit dan hidupkan hati yang mati. Caranya ialah bertaubat, minta keampunan mengingati kematian dan sentiasa melakukan amalan kebajikan akan memulihkan dan menghidupkan semula hati
Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah SWT:
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Sunday, 11 January 2009
Saturday, 10 January 2009
INSIGHT OF THE DAY
"THE REAL WINNERS IN LIFE ARE THE PEOPLE WHO LOOK AT EVERY SITUATION WITH AN EXPECTATION THAT THEY CAN MAKE IT WORK OR MAKE IT BETTER"
Barbara Pletcher
Author
Thursday, 1 January 2009
RAHSIA DI SEBALIK SENYUMAN
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
8. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
9. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
10. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
11. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
12. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
13. Pujangga menyebut : "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
SAYA SUKA MENGESYORKAN ANDA MINUM AIR BERTAPIS BERSAMA IGG-PLUS SMART NACO DAN/ATAU BIO-YOUNG PLUS UNTUK MEMBANTU MELEWATKAN PROSES PENUAAN DAN MEMBOLEHKAN ANDA TERSENYUM SEPANJANG HARI.
Salam keriangan dari saya.
